Wednesday, April 3, 2013

RM36JUTA UNTUK PROJEK MANAIK TARAF JALAN UTAMA KEPADA JALAN SEHALA YANG TELAH TERGENDALA???





APRIL 02, 2013 - En. Allan Liew telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Y.B. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang) dan Y.B. Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) gagal memberi penjelasan kepada Rakyat dengan jelas dan terprinci tentang jumlah wang perbelanjaan RM36Juta berhubung dengan projek Jalan Utama kepada Jalan Sehala, Seri Kembangaan dalam 3hari yang diberi oleh En. Allan Liew. Sampai pada hari ini, projek ini ditangguhkan dan belum disiapkan.





Tambahan pula, apabila En. Allan Liew menggesa Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong untuk memberi penjelasan kepada perbelanjaan RM36Juta, Y.B. Teo hanya mengumumkan tentang peruntukkannya (Tahun 2012) dan Y.B. Ean Yong lansung tidak memberi sebarang jawapan. Mereka telah menggelakkan diri daripada memberi jawapan kepada soalan yang dikemukan. “Dimanakah prinsip C.A.T. mereka?” kata En. Allan Liew.  

Selain itu, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong telah tergesa-gesa dan membuat keputusan diri sendiri untuk menjalankan projek ini dan langsung tidak mengadakan sesi dialog bersama dengan penduduk untuk berbincang dan membentang tentang cadangan dan program projek ini.

Terdapat banyak penduduk setempat dan peniaga amat tidak berpuas hati dengan projek ini kerana hingga kini belum disiapkan dalam jangka masa yang dijanjikan oleh Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong. Tambahan pula, projek yang tertangguh ini telah menjejaskan perniagaan disitu dan lalu lintas adalah tidak lancar dan menyusahkan orang ramai. Disebabkan oleh penangguhan dan kesilapan dalam perancangan projek ini, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong perlu bertanggungjawab dan memberi ganti rugi kepada perniaga disitu.

En. Allan Liew juga menggesa Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong untuk meminta maaf kepada orang ramai atas kesilapan mereka dalam membuat perancangan dengan tidak betul dalam melaksanakan projek ini. En. Allan Liew juga berkata bahawa dia mungkin akan mengambil tindakan makhamah ke atas Kerajaan Negeri Selangor untuk menuntut pampasan ke atas kerugian perniaga disitu.  
Video semasa Sidang Akhbar oleh Antara Pos

No comments:

Post a Comment